Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat, mengejutkan ramai apabila mengakui tidak pernah melakukan kerja rumah termasuk memasak sepanjang empat tahun tinggal bersama keluarga mentua. Pemilik nama Nur Suhada Jebat, 33, situasi itu berlaku kerana keluarga suaminya, Nabil Mahir, menyediakan kemudahan lengkap termasuk tukang masak dan penjaga anak. “Saya tinggal dengan keluarga Nabil, memang bukanlah goyang kaki tapi macam tak boleh buat apa. Klik sini untuk lihat video.
Makan orang masakkan. Anak pun ada orang jaga di rumah, jadi saya boleh pergi kerja,” katanya menerusi satu video di TikTok. Kini, selepas rumah miliknya siap diubah suai sepenuhnya, Ayda memaklumkan dia dan keluarga kecilnya sedang bersedia untuk berpindah keluar dan memulakan kehidupan baharu secara berasingan. “Dah empat tahun duduk dengan keluarga Nabil, jadi ini langkah baharu untuk kami. Rumah baru ini dibeli lama, tapi baru siap rekaan dalaman,” jelasnya.
Ayda turut mengakui sedikit gementar untuk mengurus rumah tangga sendiri walaupun mempunyai pembantu, kerana sebelum ini tidak pernah melakukannya secara langsung. “Bukan dilema, cuma tertanya boleh ke saya urus semua ni?” katanya yang kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Ana Nayla,5, dan Aali Mateen,3. Perkongsian jujur Ayda itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya memberikan kata semangat serta menyambut baik fasa baharu kehidupannya sebagai isteri dan ibu sepenuh masa.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.