BAPA kepada pelakon Muntazar Ghufran iaitu Ghufran Ghani bakal mengadakan kenduri kesyukuran selepas anaknya itu putus tunang dengan aktres Saidah Kamarudin. Menurut Ghufran, 48, majlis itu akan diadakan dalam masa terdekat yang antara lain bertujuan memulihkan semangat anaknya kembali. “Saya bersyukur Alhamdulilah sebab mereka tak jadi tunang ni dan harap mereka move on, lepas ni saya akan buat majlis doa selamat untuk anak saya ni.
“Majlis doa selamat sebab anak saya sudah putus tunang, isteri dan saya sebenarnya memang tak berapa setuju dengan ikatan pertunangan anak saya ni tapi disebabkan Muntazar terlalu suka jadi kami merelakan. Sebab majlis ni dibuat pun untuk bagi anak saya gembira dan tenang, majlis ni mungkin akan dibuat dalam masa terdekat serta dihadiri kawan-kawan terdekat saja,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.