PELAKON Fify Azmi mendedahkan hubungan cinta dengan Niezam Zaidi yang dibina sejak tahun lalu sudah menemui titik noktah. Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 35, bagaimanapun enggan mendedahkan punca perpisahan mereka. “Saya anggap mungkin tiada jodoh antara kami. Saya memilih untuk pergi dan berpisah.
“Tidak perlu saya nak kongsi sebab utama perpisahan ini. Saya tidak mahu panjangkan hal ini lagi,” katanya ketika dihubungi. Meskipun mengakui sedikit kecewa, Fify bagaimanapun reda dan menganggap perpisahan itu sebagai satu fasa kehidupan yang perlu dilalui. “Saya pernah letakkan harapan, sebab pada usia ini saya memang cari hubungan yang serius, bukan untuk suka-suka. Tapi mungkin belum rezeki saya ke arah itu. Jadi fokus saya sekarang hanya untuk kerja,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fify memberitahu, dia kini sibuk membuat persiapan membintangi filem berjudul Felino. “Saya bakal mulakan penggambaran sebuah filem aksi. Jadi saya sibuk menjalani latihan intensif di gim. Filem ini turut dibintangi nama-nama hebat seperti Datuk Adi Putra, Shaheizy Sam dan Andy Teh,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.