Penampilan isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang memakai tudung tapi nampak leher mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan imej itu. Nilam menerusi akaun TikTok miliknya bagaimanapun tampil menjelaskan mengenai penampilannya itu. Menurut Nilam, dia terpaksa memakai tudung dengan cara begitu disebabkan keadaan dagunya belum lagi sembuh. Klik sini untuk lihat video.
“Maaf ya orang suci saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi. Tak boleh kene pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung,” kongsi Nilam. Pada perkongsian yang sama, Nilam juga berharap warganet berhenti menyamakan imej tudungnya seperti firaun. “Janganlah cakap sampai saya ni pakai tudung firaun, kafir dan sebagainya… alahai penat la saya macam ni,” katanya lagi.
Sebelum ini, Nilam mendedahkan dia mengambil keputusan untuk membuang silikon di bahagian hidung dan dagunya. “Maaf ye orang suci saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi,tak boleh kene pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung tapi janganlah cakap sampai saya ni pakai tudung firaun, kafir dan sebagainya alahai penat la saya macam ni