Anak sulung kepada pelakon Bella Astillah iaitu Mohamed Ayden Adrean, 8, memberitahu Syed Saddiq jadi sumber motivasi kepadanya dalam menamatkan renangan 400 meter ketika menyertai Langkawi Swim Fest di Tanjung Rhu. Menurut Ayden, dia terlihat Ahli Parlimen Muar itu yang turut terlibat dalam aktiviti tersebut sewaktu menghabiskan renangannya sejauh 4 kilometer (KM). “Saya nampak pakcik (Syed Saddiq) dulu, 4KM adalah pakcik,” ujarnya ketika menjawab persoalan daripada pengikut ketika siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga kerana walaupun usianya masih muda, Ayden telah membuktikan usia bukan penghalang untuk capai sesuatu yang hebat. Bukan itu sahaja, kejayaan Ayden membuktikan bahawa pengaruh tokoh muda seperti Syed Saddiq boleh memberi kesan besar kepada generasi cilik. Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah kepada Ayden atas pencapaian luar biasanya dan memuji cara didikan Bella Astillah dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi seorang insan hebat sejak kecil.
Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun berpisah pada 13 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.