Berharap agar tak jumpa dengan gajah, pemandu lori kongsikan kisah jumpa dengan bunian di laluan Gerik Jeli

Advertisements
Advertisements

PEMANDU yang biasa menggunakan laluan Gerik-Jeli mungkin pernah terserempak dengan gajah yang sedang melintas jalan. Bagi Rahim (bukan nama sebenar), dia sebolehnya tidak mahu lagi bersemuka dengan haiwan itu di pertengahan jalan. Biarpun tiada perkara buruk terjadi ketika lorinya dikepung beberapa ekor gajah sebelum ini, Rahim tetap trauma dengan kejadian berkenaan.

Namun sebagai pemandu lori, Rahim tiada pilihan dan perlu melewati laluan tersebut untuk menghantar muatan. Antara pengalaman lain, Rahim juga pernah melihat sekumpulan ‘manusia’ aneh berpakaian serba putih di laluan itu. Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 pagi, Rahim menggunakan laluan sama sambil ditemani seorang rakannya yang sudah nyenyak tertidur. Ketika melalui satu selekoh, Rahim terdengar suara ramai manusia, seolah-olah wujud perkampungan di kawasan berkenaan.

Ia sememangnya aneh memandangkan Rahim tahu kawasan itu selalunya sunyi dan tidak didiami sesiapa. Rahim kemudiannya memperlahankan lori dan menurunkan tingkap untuk mendengar bunyi itu dengan lebih jelas. Secara tiba-tiba, dia terpandang sekumpulan makhluk berbadan seperti manusia yang berdiri di kawasan tepi jalan.

Lebih mengejutkan, makhluk itu langsung tidak mempunyai wajah, menyebabkan Rahim terus menaikkan tingkap lorinya. Rahim turut mengejutkan rakannya untuk menceritakan tentang perkara itu. “Badrul, bangun… Aku nampak manusia pakai baju warna putih, muka kabur,” ujar Rahim cemas sambil menepuk bahu rakannya. Kejadian itu berlaku cukup pantas, malah Badrul juga tidak sempat untuk melihat kelibat makhluk yang diceritakan Rahim.

Selepas itu, Badrul juga sudah tidak boleh melelapkan mata dan dia terus menemani Rahim sepanjang perjalanan. Kata Badrul, Rahim mungkin melihat makhluk bunian yang mendiami kawasan hutan berbukit itu. Namun, mereka bersyukur kerana makhluk itu hanya memunculkan diri dan tiada sebarang perkara buruk berlaku.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version