Pertama kali buat korban dalam hutan, lembu keluarga Dynas Mokhtar lari pukul 3 pagi

Advertisements
Advertisements

“Pukul 3 pagi orang surau sedar lembu yang keluarga saya ingin korbankan hilang. Mereka cari dan jumpa di dalam hutan. Ini pertama kali mereka melakukan korban di dalam hutan kerana ingin mengelakkan kesukaran menarik lembu berkenaan untuk kembali ke surau,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. Dalam pada itu, Dynas meluahkan rasa syukur apabila akhirnya ibadah korban keluarganya dipermudahkan meskipun dilakukan di dalam hutan. Klik sini untuk lihat video.

Pelakon ini juga sendiri turun padang bersama ahli keluarga yang lain bagi mencari lembu berkenaan selepas dilaporkan hilang. “Bila ayah saya pulang daripada solat sunat Aidiladha, katanya lembu sudah dijumpai di dalam hutan. Jadi saya pun terpaksa masuk ke dalam hutan untuk melihat lembu tersebut disembelih. Alhamdulillah saya bersyukur semuanya selesai dan proses menyembelih lembu pun dilakukan dengan cepat,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Dynas berkongsi dia teruja dapat melakukan ibadah korban bersama keluarga di kampung halaman.   Tambahnya, melakukan ibadah korban di dalam hutan juga merupakan pengalaman pertama yang tidak akan dilupakan mereka. “Tahun ini kami sekeluarga korbankan seekor lembu termasuklah ibu saudara, bapa saudara dan sepupu.  Semua keluarga saya balik Tapah untuk bergotong-royong masak sempena Aidiladha. Pengalaman korban tahun ini tidak akan kami lupakan. Pertama kali melakukan ibadah korban dalam hutan,” kongsinya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version