Walaupun macam kawan tapi batas hormat tetap ada, Neelofa beri nasihat supaya isteri kena letak suami di tempat tertinggi

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa, tampil berkongsi pandangan serta memberi nasihat berhubung peranan isteri dalam rumah tangga. Menerusi podcast The Grow and Glow, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menegaskan seorang isteri perlu meletakkan suami pada kedudukan paling utama dalam kehidupannya. “Bila isteri letakkan suami di tempat yang sepatutnya, barulah mudah untuk dia faham tanggungjawab dan peranan sebenar,” katanya.

Menurut Neelofa, ramai wanita bekerjaya mula berkahwin yang berkemungkinan boleh menyebabkan mereka sukar untuk ‘tunduk’ kepada suami. “Ada yang tanya, ‘kenapa nak minta izin, kalau aku mampu buat semuanya sendiri?’ Tapi hakikatnya, dalam Islam, isteri tetap perlu meminta keizinan suami sebelum keluar rumah atau melakukan sesuatu perkara,” jelasnya. Selebriti berusia 36 tahun itu turut menekankan kepentingan adab dan komunikasi dalam rumah tangga.

Katanya, meskipun hubungan suami isteri kini lebih santai dan dianggap seperti ‘bestie’ (kawan baik), namun batas hormat tetap perlu ada. “Pertuturan kena beradab. Walaupun suami dianggap kawan baik, tetap kena ada satu lapis hormat. Lagi-lagi kalau ada anak, sebab apa yang mereka lihat, itulah yang akan mereka tiru nanti,” katanya.

Tambah Neelofa lagi, apabila isteri melayan suami dengan baik, bercakap sopan, meminta izin, serta menyediakan keperluan suami, ia secara tidak langsung menjadi contoh terbaik buat anak-anak, sama seperti apa yang dipraktikkan oleh ibu bapa terdahulu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan sokongan terhadap pandangan isteri kepada pendakwah bebas PU Riz itu.

Ramai juga memuji Neelofa kerana kekal menghormati dan mengutamakan suami walaupun dirinya mampu berdiri sendiri sebagai wanita berkerjaya dan berpengaruh. Untuk rekod, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version