Noor Nabila akui kini dalam fasa mengenali seseorang, hubungan dengan Sharnaaz rapat atas dasar tanggungjawab ibu bapa Jayden

Advertisements
Advertisements

SELEPAS melalui pelbagai fasa dalam kehidupan berumah tangga, kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dilihat lebih tenang dan bersedia membuka ruang untuk cinta baharu. Enggan merahsiakan status dirinya, Nabila berkata, dia kini sedang mengenali seseorang namun memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka mengenai identiti jejaka tersebut demi menjaga privasi hubungan yang masih di peringkat awal.

“Ya, saya sedang dalam fasa mengenali seseorang dengan lebih rapat. Saya selesa dengan apa yang sedang berlaku sekarang, tetapi buat masa ini saya memilih untuk tidak berkongsi siapa individu itu kerana lebih menghargai privasi hubungan ini,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Penjelasan tersebut secara tidak langsung menyangkal spekulasi yang mengatakan Nabila kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suaminya yang juga pelakon Sharnaaz Ahmad, selepas mereka kerap dilihat bercuti bersama.

Menurut Nabila, hubungannya dengan Sharnaaz kini hanya tertumpu kepada tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, Jebat Jayden, yang kini berusia enam tahun. “Kami rapat atas dasar tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada Jayden, itu sahaja. Tidak pernah terlintas untuk mengulang kembali hubungan yang telah berlalu. Kami lebih selesa sebagai sahabat dan fokus utama kami adalah memberikan yang terbaik untuk Jayden,” jelasnya.

Nabila turut menyatakan keutamaannya kini adalah untuk membesarkan anaknya dengan baik serta menjalani kehidupan yang lebih tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. “Saya kini lebih menghargai masa dan memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting dalam hidup saya. Kehidupan ini bukan tentang menunjuk kejayaan, sebaliknya kepuasan dalam mencapai keseimbangan antara kerjaya, keluarga, dan kebahagiaan diri sendiri.

Lagipun saya sudah melalui banyak pengalaman dalam hidup, dan kini saya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Jika hubungan ini membawa kepada sesuatu yang lebih baik, saya bersyukur. Namun, buat masa ini, biarlah kami jalani hubungan ini dengan tenang tanpa perhatian yang berlebihan,” katanya. Untuk rekod, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada Mac 2017 sebelum berpisah pada Julai 2020.

Dia kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan tersebut berakhir pada tahun berikutnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version