Usahawan dan pempengaruh tampil memberikan penjelasan susulan tular dakwaan tidak menjaga kebersihan semasa menghantar piza kepada pelanggan di sebuah tempat letak kereta baru-baru ini. Menjelaskan perkara itu, Jofliam berkata dia tidak akan menggunakan sarung tangan sama untuk jangka masa yang lama. Malah kata Jofliam, dia akan kerap menggantikan sarung tangan yang baharu untuk menjaga kebersihan.
“Kereta yang sama, sarung tangan berbeza. Banyak sebenarnya saya tukar, itu tidak termasuk tisu basah dan lap tangan.“Checkpoint 2 tidak terlibat pemprosesan piza, hanya pegang kotak,” jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story. Terdahulu, Jofliam menjadi perbualan warganet selepas tular dakwaan menggunakan sarung tangan yang sama untuk mengendalikan pelbagai perkara termasuk mengalihkan karpet merah dan mengelap peluh di bahagian dahinya.