Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu melantik seorang pembantu peribadi (PA) atau ‘babysitter’ untuk menguruskan anaknya, Ahmad Kayden. Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid, berkata dia membuat keputusan untuk mengambil PA kerana tidak suka anaknya dipegang dan diuruskan oleh orang yang tidak dikenali. Bercerita lanjut, Madammu berkata PA yang dipanggil Kak Ria itu juga akan mengikuti Kayden ke sekolah untuk menguruskan segala kemahuan dan keperluannya. Klik sini untuk lihat video.
“Kak Ria yang jaga Kayden dari A hingga Z, sampai ke sekolah pun ikut sekali. Itu cara saya. Bibik pun saya tidak bagi sentuh anak saya. Saya pun tidak bagi orang ramai untuk sentuh Kayden.” Kata Madammu, dia tidak akan mengambil pengasuh baharu namun akan mencari mereka yang mahu melakukan kerja sambilan untuk menjaga anaknya. Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.