Muat naik gambar terbaring di katil hospital, Sari Yanti jalani pembedahan mengandung luar rahim buat kali kedua

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak, Jep Sepahtu iaitu Sari Yanti menjalani operasi kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim buat kali kedua. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sari memuat naik foto dirinya yang sedang terbaring di katil hospital sambil dirawat oleh seorang jururawat. Di ruangan kapsyen, Sari atau nama lengkapnya Sari Yanti Mohamad Nazari memohon doa daripada orang ramai agar segala urusannya dipermudah. Klik sini untuk lihat video.

“Pembedahan kehamilan ektopik saya buat kali yang kedua. Tolong doakan semuanya berjalan lancar ya dan semoga Sari Yanti cepat sembuh, terima kasih semua.” Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian rakan artis dan wargamaya yang rata-ratanya mendoakan agar urusan Sari berjalan dengan lancar. Sekadar info, Sari sebelum ini pernah melakukan pembedahan membuang satu tiub fallopiannya selepas kali pertama berdepan kehamilan luar rahim pada 2018.

Untuk rekod, Sari mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Jep atau nama lengkapnya Mohd Nazri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Sementara itu, Sari mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version