Kongsikan pengalaman sertai kursus pengurusan jenazah, Elfira Loy luah rasa seram bila fikir pengakhiran hidup

Advertisements
Advertisements

PENGALAMAN menyertai kursus pengurusan jenazah meninggalkan kesan mendalam dalam diri pelakon Elfira Loy, sehingga timbul rasa takut dan keinsafan apabila mengenangkan hakikat kehidupan di dunia. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, turut mengajak umat Islam agar tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam urusan memandikan jenazah sebagai peringatan tentang kematian. Klik sini untuk lihat video.

“Apa yang terkesan dalam hidup saya dan mungkin tiada yang bercerita, saya mahu orang lain belajar cara memandikan jenazah. Saya pernah belajar sekali, saya juga pernah jadi ‘jenazah’. Subhanallah, saya rasa siapa yang pernah memandikan jenazah akan takut dengan kehidupan di dunia ini. Cubalah, baru saya tahu kenapa orang yang memandikan jenazah ini pahalanya sebesar gunung Uhud,” katanya.

Elfira berkongsi perkara itu menerusi sebuah temu bual bersama podcast Sembang Seram yang dimuat naik di YouTube. Dalam pada itu, Elfira memberitahu sepanjang mengikuti kursus pengurusan jenazah, timbul perasaan takut memikirkan bagaimana pengakhiran hidup sama ada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. “Tugas memandikan jenazah ini sangat susah, perasaan itu sangat ketat di dada dan waktu itu anda akan terfikir bagaimana cara anda nak mati nanti.

Macam mana orang bersihkan anda (mandi jenazah). Ia memberi gambaran bagaimana kehidupan anda di dunia sebelum ini. Bersihnya jenazah kita itu bagaimana, apa amalan yang kita buat, semuanya akan terpancar semasa anda mati,” ujarnya. Malah, pelakon filem Tentang Bulan ini juga menyifatkan pengalaman menghadiri kelas pengurusan jenazah sebagai satu bentuk kesedaran kepada masyarakat untuk mengambil tanggungjawab menguruskan sendiri jenazah ahli keluarga.

“Akan berlaku satu perubahan dalam hidup anda dan saya tak rasa semua orang berani buat perkara ini (mandi jenazah), tapi kita kena juga lakukannya satu hari nanti. Itu sahaja kalau ada nasihat yang saya nak sampaikan. Mungkin anda boleh pertimbangkan. Siapa nak mandikan jenazah mak dan ayah kalau bukan kita?” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version