Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red tampil memberi kata-kata semangat kepada pelakon, Kamal Adli yang kini berdepan kemelut rumah tangga bersama isterinya, Uqasha Senrose. Menerusi komen di ruangan TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu menzahirkan rasa simpati selain berharap selebriti berusia 39 tahun itu terus kuat menghadapi ujian yang melanda.
Menurut Datuk Red, perjuangan pelakon drama Dia Imamku itu sebagai seorang suami masih belum tamat. “Terus kuat, belum tamat lagi.” Terdahulu, Kamal sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video lama memaparkan Uqasha dan anaknya, Hawra Uqaira meluangkan masa bersama. Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Terdahulu, rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Hawra.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
