Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah mahu pakai pendakap gigi (braces) bagi mengatasi masalah ulser yang sering dialaminya sejak kebelakangan ini. Menurut laporan Utusan Malaysia, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata langkah itu akan diambil dalam masa terdekat selepas menerima nasihat daripada doktor.
“Saya akan buat braces, tahu tak Bella dah jumpa doktor. Doktor pun dah hantar simulator,” katanya menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini. Jelas ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu lagi, keputusan untuk memakai pendakap gigi itu bukanlah berniat untuk mengubah ciptaan sebaliknya mahu menjaga kesihatan mulut.
“Saya tak ada niat nak ubah ciptaan Tuhan. Sebenarnya sebab saya selalu kena ulser, dan punca dia adalah daripada gigi saya sendiri,” jelasnya. Dalam pada itu, Bella tidak berkecil hati apabila ada segelintir netizen mengusik bentuk giginya selain menyifatkan setiap manusia mempunyai kelemahan tersendiri. “Tak baik tau cakap saya jongang. Saya okey saja sebenarnya, semua manusia pun tak sempurna,” ujarnya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
