Perlu ke Korea berasingan dengan Fattah Amin, rupanya ini punca Amira Othman dimasukkan ke hospital

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan pelakon Amira Othman dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Selangor pada Ahad akibat mengalami masalah sukar untuk bernafas. Memetik laporan, pengurusnya Que Hanafi, memaklumkan keadaan Amira berada dalam keadaan yang stabil namun masih mengalami sedikit batuk dan selesema “Beberapa hari ini Amira mengalami demam, batuk dan selesema. Tapi semalam dia tiba-tiba mengadu sukar bernafas menyebabkan dia terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Alhamdulillah hari ini keadaannya dilaporkan beransur baik, cuma masih batuk dan selesema saja,” kongsinya. Tambah Que, Amira dan Fattah sepatutnya dijadualkan untuk terbang ke Korea pada Isnin bagi menjalani proses penggambaran tetapi mereka berdua terpaksa bergerak asing kerana keadaan penyanyi itu masih belum pulih sepenuhnya. “Kalau ikutkan pagi ini Fattah dan Amira akan terbang ke Korea untuk menjalani penggambaran sebuah jenama produk

Namun disebabkan Amira dirawat di hospital, hanya Fattah dan pasukannya saja pergi dahulu kerana pihak produksi sudah menunggu kami di sana. Insya-Allah jika keadaan Amira okay, kami akan bertolak ke Korea esok dan berada di sana selama seminggu untuk menjalani penggambaran,” katanya. Sebelum ini, Fattah memuat naik satu hantaran meminta orang ramai mendoakan kesembuhan isterinya beserta sekeping gambar katil di hospital.

“Doakan isteri syurga saya, Amira Othman,” luahnya. Untuk rekod, Fattah Amin dan Amira Othman mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025. Majlis pernikahan mereka berlangsung pada malam Ahad di Golden Palm Tree Bagan Lalang, Sepang. Tarikh 14 September dipilih bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-35 Fattah Amin.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version