Pernah diekori dengan individu misteri, Aireena Sofia nasihat kan para wanita supaya pasang Dashcam untuk keselamatan

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia, pernah melalui detik mencemaskan apabila diekori individu tidak dikenali. Menurut Aireena, 21, insiden itu berlaku ketika dia keluar bersendirian. Jelas isteri kepada pempengaruh Haqiem Stopa itu, ketika kejadian, fikirannya hanya tertumpu pada cara untuk menyelamatkan diri.

“Saya orang dikenali, tak tahu apa niat sebenar individu yang mengekori. Insiden itu berlaku ketika zaman bujang. Memandangkan waktu itu saya sendirian, saya tak tahu apa perlu dilakukan melainkan cara jalan untuk melarikan diri.” Aireena berkata demikian ketika pelancaran produk baharu kamera papan pemuka (dashcam) jenama 70mai iaitu A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam di 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Model A810s menawarkan rakaman 4K Ultra-HD sebenar hasil penggunaan sensor Sony STARVIS 2 manakala M800 hadir dengan rakaman 4K HDR menggunakan lensa sudut lebar bagi liputan menyeluruh dan mod pemantauan parkir 24 jam. Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, pada zaman sekarang meskipun hati kita sentiasa bersangka baik, niat sebenar individu terbabit tetap tidak dapat dijangka.

“Zaman sekarang kita tak tahu apa niat orang yang mungkin nak buat gangguan sksual dan sebagainya. Saya pula jenis keluar bersendirian jadi agak bahaya.” Justeru, Aireena menegaskan betapa pentingnya memasang dashcam di setiap kenderaan demi menjamin keselamatan, khususnya buat golongan wanita.

“Dengan adanya alat berteknologi tinggi seperti dashcam, saya rasa keselamatan kita terutama kaum wanita lebih terjamin kerana ada bukti rakaman.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version