Proses pengesahan jadi susah sebab tiada sijil nikah, rupanya Aslam pernah 2 kali lafazkan talak luar mahkamah tapi rujuk pada bulan sama

Advertisements
Advertisements

SUAMI kepada pempengaruh Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam dilaporkan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya itu di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025.  Marissa, 21, dan Aslam bagaimanapun dikatakan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dalam bulan sama ketika kedua-dua lafaz tersebut dibuat. 

Perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie kepada Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur  pada Isnin bagi prosedur tuntutan pengesahan lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk pasangan berkenaan. “Apabila disebut pengesahan, maka sudah ada lafaz cerai dan rujuk. Sama ada lafaz tersebut sah atau tidak, mahkamah akan putuskan,” katanya kepada mStar. 

Permohonan untuk pengesahan cerai dan rujuk itu dibuat oleh Aslam atau Ahmad Aslam Saifun Kasyfun Nazir Rasyid, 27, pada 10 Mac lalu.  Kedua-dua mereka juga hadir di mahkamah sekitar pukul 11.03 pagi bagi prosesur berkenaan. Sementara itu ditanya tentang status hubungan pasangan tersebut, Ammar Yaser memberitahu pihaknya telah memberi nasihat yang wajar dalam rumah tangga. “Nasihat saya kalau nak nikah, laksanakan secara betul,” ujarnya. 

Menurut peguam itu lagi, proses permohonan yang dibuat oleh pasangan tersebut juga dilakukan tanpa sijil pernikahan selepas perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 2023. “Mahkamah telah sahkan perkahwinan mereka, tapi sijil nikah belum keluar lagi sebab masih ada beberapa prosedur dan perbicaraan yang perlu dilalui.  Jadi untuk permohonan lafaz dan rujuk kali ini agak rumit kerana belum ada sijil nikah. Tapi saya cuba selesaikan segera,” ujarnya.

Untuk rekod Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version