Pelakon Fizo Omar mengagumi keikhlasan hati ahli politik Syed Saddiq kerana dia dilihat amat mencintai dan menyayangi selebriti terkenal Bella Astillah. Menerusi hantaran di Instagram, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 41, berkata dia amat menghormati keperibadian Saddiq kerana sudi menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, sekaligus membuktikan dirinya seorang lelaki yang berprinsip dan matang.
“Mungkin beribu-ribu orang yang mengejar awak, tapi awak pilih tanggungjawab dan sebuah keluarga. Inilah lelaki yang berhati mulia.” Dalam masa sama, Fizo juga percaya penyatuan pasangan itu akan memberi impak positif terhadap diri masing-masing, selain yakin bahawa mereka adalah jodoh yang terbaik untuk satu sama lain.
Tak dinafikan, kewujudan Bella juga sedikit sebanyak menjernihkan nama Syed Saddiq yang pernah dicemari dalam karier politiknya. Betul, jodoh ditangan tuhan yang telah ditetapkan, tapi kita sebagai manusia berhak memilih apa yang kita perlu bukan yang kita hendak. Awak berdua ditakdirkan untuk bersama.” Sementara itu, Fizo turut mendoakan agar Saddiq dan Bella dilimpahkan dengan kegembiraan bersama hingga akhir hayat.
“Dari hati yang ikhlas, saya dan isteri doakan semoga keikhlasan kalian membawa ke jannah dan kekal bahagia sampai bila-bila. Kadang bila kita tak kejar ‘sesuatu’, ‘sesuatu’ itu akan kejar kita.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Fizo dan mereka menyifatkan Ahli Parlimen Muar itu sebagai seorang lelaki yang budiman. Terdahulu, Saddiq dan Bella telah selamat mengikat tali pertunangan di dalam sebuah majlis indah yang berlangsung pada petang Sabtu. Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Saddiq turut berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
