Berharap kemelut rumahtangga segera berakhir, Abby Abadi menyambut baik keputusan anak untuk berpisah

Advertisements
Advertisements

PELAKON Abby Abadi menyambut baik keputusan anaknya, Marissa Dania yang memilih jalan untuk menamatkan konflik rumah tangga dengan cara berpisah. Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, dia berharap kemelut melibatkan Marissa dengan Ahmad Aslam akan segera berakhir. “Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat. Keluarlah cepat daripada mimpi ngeri. Tolong aminkan,” katanya.

Abby menulis ringkas perkara tersebut dalam satu hantaran di InstaStory berserta tangkap layar laporan berita tentang hasrat Marissa untuk berpisah. Pelakon itu, dalam masa sama, sempat berkongsi nasihat buat anaknya untuk terus memperbaiki diri. Malah, dia juga percaya setiap dugaan yang dilalui Marissa kini akan memberi sinar bahagia kelak.

“Perbaiki apa yang kurang. Kena lalui hari-hari kelam untuk dapat yang lebih indah selepas ini,” luahnya. Marissa dalam satu hantaran di Instagram sebelum ini memberi bayangan rumah tangganya bakal berakhir dengan perceraian. Kenyataan tersebut juga dibuat bagi menamatkan spekulasi tentang perkahwinan mereka yang sebelum ini menjadi tumpuan ramai. Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version