Pasangan selebriti Neelofa dan PU riz sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial berhubung isu kadar bayaran kelas agama yang dianjurkan. Menerusi hantaran di Threads, seorang individu tampil mempersoalkan harga tiket bagi program berunsur agama tersebut yang didakwa agak tinggi kerana mencecah lebih RM900. “Tiket talk Neelofa sampai RM 1000? Siapa yang pernah pergi? Berbaloi ke?” ciapan individu itu.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk mereka yang pernah menghadiri majlis berkenaan dan berkongsi pengalaman masing-masing. Menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan pengguna yang membuat perbandingan antara program tersebut dengan konsert hiburan yang dianjurkan oleh artis lain.
Terdahulu, Neelofa berkongsi perjalanan transformasi hidupnya selepas mendirikan rumah tangga, termasuk keputusan beralih daripada dunia glamor kepada kehidupan yang lebih sederhana dan tenang. Namun, selepas mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Haris Ismail, keutamaan hidupnya berubah. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Bilal, 4, serta Abbas yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
