Tular khabar angin rumahtangga kembali goyah, Kaka Azraff akui lebih selesa untuk tak berkongsi kisah peribadi

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Kaka Azraff memilih untuk menutup mulut daripada mengulas sebarang khabar angin berkait rumah tangganya bersama suami iaitu Adam Azriff yang kini didakwa kembali bergolak selepas dikatakan sudah kembali rujuk pada awal tahun ini. Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkata dia lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadi buat masa ini dan memohon orang ramai mendoakan agar urusannya itu dipermudahkan.

“Kalau boleh saya nak kurangkan bercerita hal peribadi. Tapi apa yang saya boleh cakap, doakanlah yang baik-baik. Saya tak tahu macam mana nak jawab status saya sekarang. Perkara itu pun sangat privasi bagi saya.  Tapi kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi. Status itu saya tak boleh nak dedahkan sekarang,” katanya. 

Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar dan Suria yang berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada Rabu. Meskipun muncul pelbagai spekulasi, Kaka menjelaskan dia akan mendedahkan perkara sebenar apabila tiba waktu yang sesuai. 

“Bila semuanya sudah selesai, saya pasti akan berkongsi dengan semua. Cuma sekarang ini, saya perlu menghormati dan tak dapat nak kongsi banyak,” ujarnya.  Ditanya adakah hantaran di aplikasi Threads itu ada kaitan dan merujuk isu rumah tangganya, Kaka tegas menafikan mengenai perkara itu. Ujarnya, perkongsian tersebut bukanlah gambaran kepada situasi peribadi, sebaliknya sekadar sokongan kepada individu lain yang sedang bergelut dengan masalah dalaman.

“Perkongsian itu sebenarnya berkaitan dengan karya saya. Ianya tentang perjalanan diri sendiri. Saya rasa ramai yang boleh faham. Terutama mereka yang sudah berumah tangga, kerana ianya bukan perkara yang mudah. “Saya mahu jadi suara untuk mereka. Tak salah untuk saya kongsi ‘quotes’. Sebab apa yang saya kongsi, bukan saya saja yang rasa. Ramai orang di luar sana rasa perkara yang sama.

“Bukan pengalaman peribadi. Ia semua hanyalah perspektif. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak bercerita tentang rumah tangga. Bila saya dengar, saya rasa seolah-olah dalam situasi mereka. Saya nak beri mereka kekuatan untuk tempuhi ujian yang sedang dihadapi,” tambahnya.  Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version