PELAKON Kamal Adli mengimbau detik paling sukar dalam hidup apabila terpaksa melafazkan cerai terhadap bekas isterinya, Uqasha Senrose pada Januari lalu. Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui gagal mengawal emosi sehingga menangis teresak-esak semasa prosiding berlangsung di mahkamah itu. “Semasa lafaz itu, saya menangis macam budak-budak. Sampai rasa malu dengan hakim.
“Dalam mahkamah hanya ada kami sahaja, tiada orang lain. Bila sampai masa untuk lafaz, saya rasa diri ini ‘pecah’,” katanya ketika menjadi tetamu sebuah program televisyen. Dalam pada itu, Kamal turut memberitahu dia berdepan kesukaran untuk melafazkan cerai sehingga terpaksa mengulanginya sebanyak dua kali kerana sebutan tidak jelas.
“Bila dapat kertas untuk lafaz, saya ingatkan saya okay. Tapi terpaksa ulang dua kali sebab tak jelas… menangis pula macam budak-budak. Waktu itu sakit sangat, sampai saya tak mampu pandang sesiapa,” ujarnya. Tambahnya, ayat lafaz cerai yang perlu diucapkan menjadi detik paling meruntun perasaan sekali gus mendatangkan trauma kepadanya.
Ayat yang buat saya benar-benar ‘pecah’ ialah… dengan ini saya Ahmad Kamal menceraikan,” luahnya. Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
