Personaliti media sosial, Maryam Durian Kimchi menarik perhatian ramai apabila berkongsi mengenai pengorbanannya terhadap anjing peliharaan. Menerusi perkongsian di podcast Aididit My Way, pemilik nama Maryam Younarae itu mengakui amat menyayangi anjing peliharaannya meskipun sudah memeluk agama Islam. Klik sini untuk lihat video.
“Anjing itu saya jaga dia empat tahun. Bagi sesiapa yang pernah jaga haiwan peliharaan, mesti tahu..kami kena berpisah. Dia memang saya anggap seperti anak saya..separuh dari saya.” Menurut Maryam, dia sanggup mengeluarkan sejumlah kos perbelanjaan yang tinggi demi anjing itu kerana rasa kasih yang mendalam terhadap haiwan tersebut.
Ketika itu saya menangis sebab kena tinggalkan dia, ada rasa bersalah jadi saya bagi orang jaga dia sampai sekarang. Saya bagi orang yang jaga itu RM100,000.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami perasaan Maryam yang merupakan seorang pencinta haiwan. Dalam masa sama, warganet juga menyifatkan tindakan Maryam itu sebagai satu pengorbanan yang besar selepas menjadi mualaf, namun masih tidak melepaskan tanggungjawabnya terhadap anjing tersebut.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
