Datin Shahida luahkan hasrat nak hamil lagi, sekali ramai pula warganet yang petik nama Aliff Syukri

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi perasaannya mengenai keterujaannya melihat bayi baru dilahirkan. Menerusi perkongsian di Threads, Shahida meluahkan rasa gembira setiap kali melihat bayi yang baru dilahirkan, malah mengakui naluri keibuannya masih kuat meskipun usia semakin meningkat.

Menurut Shahida, perasaan geram melihat bayi baru lahir membuatkan dirinya turut teringin untuk merasai pengalaman tersebut sekali lagi. “Naluri mak-mak ni tengok orang dapat baby, kita pun nak juga tapi dah tua,” ciapannya, hari ini. Tambah Shahida, perasaan geram melihat bayi baru lahir membuatkan dirinya turut teringin untuk merasai pengalaman tersebut sekali lagi. “Geram betul tengok baby-baby baru lahir ni,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya memahami perasaan seorang ibu, malah ada yang turut mendoakan agar hasrat Shahida untuk menimang cahaya mata lagi dipermudahkan.

Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version