Bukan sekadar mengikut trend, Reen Rahim akui terbuka hati nak bertudung lepas balik dari umrah

Advertisements
Advertisements

MANIS mengenakan hijab, pelakon Reen Rahim akhirnya tampil mengulas mengenai penampilan baharunya itu. Kata Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, keputusan itu dibuat bukan sekadar mengikut trend atau faktor usia, sebaliknya dianggap kembali kepada fitrah sebagai seorang Muslim. “Selagi orang nampak saya bertudung, maksudnya betullah tu (berhijab). Saya bertudung bukan saja-saja, bukan kerana umur dah tua ke apa. 

“Saya pun dah menunaikan umrah beberapa kali tetapi lepas balik Malaysia tetap buka tudung. Cuma kali ini dia punya rasa susah nak cakap. Jadi selagi anda semua nampak saya bertudung, itulah dia. Saya tak boleh nak cakap ya atau tidak (bertudung),” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Reen turut memberitahu hasrat menutup aurat sudah lama tersimpan dalam hati.

Malah, dia pernah bernazar untuk berhijab sekiranya dikurniakan zuriat. “Rasa nak pakai tudung ni dah lama sebenarnya. Saya tak pasang niat pun nak pakai tudung lepas balik umrah tetapi saya saja-saja cakap dengan suami saya nak nazar kalau dah hamil nanti nak tutup auratlah. Tapi saya kata nanti lupa pula nazar tu kalau dah hamil. Tak sangka pula akhirnya rasa nak pakai tudung itu sampai dulu,” ujarnya.

Sebelum ini, Reen dilihat mula menggayakan hijab sejak menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu. Selepas pulang dari Tanah Suci, Reen mengenakan selendang termasuk ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version