Kerja bukan sekadar gaji, pekerja Dherbs luah rasa syukur dapat tawaran menunaikan umrah

Advertisements
Advertisements

Seorang pekerja di D’Herbs Holding Sdn. Bhd. milik usahawan terkenal, Aliff Syukri Kamarzaman, meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang menunaikan umrah sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan perkhidmatannya kepada syarikat. Menerusi hantaran di Threads, individu dikenali Syirah itu berkongsi alasannya untuk terus berdedikasi di tempat kerjanya itu bukan semata-mata kerana gaji.

Katanya, persekitaran dan peluang untuk berkembang juga memainkan peranan penting. Mengulas lanjut, Syirah berkata tempat kerja yang baik membuatkan dirinya ingin kekal lebih lama di situ. “Kerja bukan sekadar tentang gaji tetapi juga tentang berada dalam persekitaran yang sihat di mana ia ada hormat dan peluang untuk berkembang. Tempat kerja yang baik membuatkan kita kekal bukan kerana kita terpaksa tetapi kerana kita benar-benar mahu.”

Terdahulu, Syirah berkongsi gambar surat tawaran menunaikan umrah yang dijadualkan pada Julai nanti hingga menyorot perhatian ramai. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version