Hanya belanja RM5.5k je untuk kos perkahwinan, warganet luah rasa kagum dengan perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel berkongsi kos yang dibelanjakannya semasa melangsungkan perkahwinan bersama isteri, Wawa Zainal. Menerusi perkongsian di Threads, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 37, berkata, dia hanya membelanjakan wang sebanyak RM5,500 untuk perkahwinannya. “RM 5,000 untuk hantaran. RM500 untuk doa selamat.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan pelakon filem Klepet itu kerana mengeluarkan kos yang sederhana namun perkahwinan mereka bahagia sehingga ke hari ini. Bukan itu sahaja, warganet turut memuji Aeril yang disifatkan sebagai seorang lelaki bertanggungjawab kerana mampu menjaga Wawa dengan baik sehingga mereka menjadi insan yang berjaya.

Sekadar info, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version