Minta maaf tentang semua yang berlaku, kakak dedah anak bongsu Abby Abadi pernah DM Umisya Mazlan

Advertisements
Advertisements

Kakak kepada Umisya Mazlan iaitu Nadia tampil mendedahkan keperibadian sebenar anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim. Menerusi perkongsian di Threads, Nadia memaklumkan bahawa Maria Danisha sebelum ini pernah memohon maaf kepada Umisya di atas kekhilafan kakaknya, Marissa Dania Hakim.

“Misya pernah beritahu saya, dia personally pada suatu ketika pernah DM (direct message) minta maaf tentang semua yang berlaku bagi pihak kakaknya.” Tindakan tersebut ternyata membuatkan Nadia berasa kagum dengan Maria Danisha dan mendoakannya agar sentiasa dilindungi Allah SWT. “MasyaAllah, semoga anak ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Allah pelihara dia dari berbuat jahat sesama manusia.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga memuji dengan tindakan yang dilakukan oleh gadis berusia 18 tahun itu yang disifatkan sangat matang dalam menangani ujian. Terdahulu, hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh Maria Danisha di TikTok telah menyorot perhatian ramai. Meskipun tidak dinyatakan dengan terperinci, namun coretan yang ditulis seolah-olah menggambarkan keadaan dirinya ketika ini.

Sebelum itu, kisah rumah tangga Marissa mendapat reaksi ramai selepas dia serta suami, Aslam hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang berlaku sebanyak dua kali. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version