Beberapa tahun turun naik mahkamah, Adam Shahz luah rasa syukur dapat hak melawat dan bermalam dengan anak

Advertisements
Advertisements

Pelakon Adam Shahz meluahkan rasa lega selepas kes hadanah yang membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akhirnya selesai pada hari ini. Menerusi hantaran terbaharu di Threads, Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, turut bersyukur apabila dirinya juga telah berjaya mendapat hak melawat dan bermalam.

“Alhamdulillah, dengan izinNYa. Setelah beberapa tahun turun naik (mahkamah), akhirnya saya dapat menuntut hak saya sebagai ayah. Hak melawat dan bermalam.” Meskipun permohonan Adam untuk mengemukakan pindaan hak penjagaan penuh tidak dipersetujui, namun dia tetap reda dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Walaupun pada mulanya saya kemukakan pindaan untuk memberi sepenuhnya hak jagaan anak tidak dipersetujui pihak defender. Terima kasih Allah.” Terdahulu, bekas isteri Adam iaitu aktres Fatin Afeefa memaklumkan bahawa hak penjagaan penuh terhadap Ivy kekal diberikan kepadanya selaku ibu kandung. Untuk rekod, Ivy merupakan zuriat hasil perkahwinan mereka yang mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version