Tak dapat tahan sebak, Azar Azmi kembali semula dalam dunia lakonan lepas hampir 7 tahun menghilang dari dunia hiburan

Advertisements
Advertisements

Pelakon Azar Azmi kembali semula dalam dunia lakonan selepas hampir tujuh tahun menghilangkan diri daripada dunia hiburan tempatan. Menerusi perkongsian di Instagram, Azar dilihat gagal menahan air mata sebaik sahaja tiba di lokasi penggambaran pertamanya selepas lama meninggalkan industri seni.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur itu turut mengakui bahawa dirinya berasa gemuruh selaian sukar mengawal emosi kerana sudah terlalu lama tidak terlibat dalam dunia lakonan yang pernah melonjakkan namanya sebelum ini. Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu turut dihujani pelbagai reaksi positif daripada peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat kemunculan semula Azar di kaca televisyen.

Difahamkan, Azar bakal tampil menerusi drama terbaharu terbitan Astro berjudul Bulan Henti Bicara. Dalam klip yang dikongsikan itu, Azar dilihat membawa watak Fauziah selain turut menjalani beberapa babak menggunakan kerusi roda.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version