Salah gayakan busana tradisional kaum Iban, Aisha Retno tampil memohon maaf secara terbuka

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Aisha Retno tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi membabitkan busana tradisional kaum Iban yang digayakannya ketika membuat persembahan pentas, baru-baru ini. Tidak akan mengulangi kesilapan sama, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 26, berkata dia bersedia untuk tampil ke depan bagi menjernihkan semula keadaan.

“Memandangkan isu ini sudah besar, jadi kalau perlu saya minta maaf, saya ingin meminta maaf kalau pakaian yang digayakan itu telah mengguris hati mana-mana pihak. Persembahan itu berlangsung beberapa minggu yang lalu. Tapi kalau ia dinaikkan semula, semestinya saya akan tengok balik dan berbincang dengan pasukan.

Kalau ini isu besar, kami akan buat sesuatu bagi menangani perkara itu,” katanya. Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Latihan Pestapora di Royal Selangor Club Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Aisha memberitahu niatnya sekadar mahu menonjolkan keunikan pakaian tradisional tersebut di atas pentas.

Malah, Aisha berkata pakaian itu telah disediakan oleh pereka fesyen dan penata gaya. “Sebagai perempuan, semestinya saya suka untuk menampilkan pakaian-pakaian tradisional semasa buat persembahan. Saya pakai pakaian itu daripada stylist dan juga pereka fesyen. Ya, saya faham yang industri fesyen ini sangat penting, tapi dalam masa yang sama kita perlu ada batasannya,” ujarnya. 

Sementara itu, Aisha berjanji akan lebih berhati-hati dan meneliti setiap aspek pemilihan busana tradisional selepas ini. “Saya akan lebih peka dalam bab pakaian tradisional sebab takut menyentuh sensitiviti. Kami akan lebih teliti lagi. Itu saja Aisha boleh cakap,” tambahnya. Sebelum ini, penampilan Aisha Retno mengenakan busana tradisional etnik Iban itu menerima teguran penduduk negeri Sarawak. Ini kerana cara pemakaian aksesori Sementing Ngepan Iban itu dianggap salah dan tidak mengikut cara sepatutnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version