Sambut hari ibu bersama sama, warganet luah rasa sebak bila tengok video Bella Astillah dihargai dengan bakal keluarga mertua

Advertisements
Advertisements

Peminat Bella Astillah menzahirkan rasa sebak dan gembira apabila selebriti kesayangan mereka sangat dihargai bakal keluarga mentua apabila meraikan hari ibu bersama-sama. Menerusi perkongsian rakaman video yang dimuat naik oleh ahli keluarga, Bella dilihat memberikan hadiah dan kad ucapan kepada ibu dan kakak kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menyertakan luahan isi hatinya sehingga mereka berasa tersentuh.

Dapat dilihat ibu kepada ahli Parlimen Muar berkenaan, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menyatakan betapa dirinya begitu terharu dengan ucapan tulus bakal menantunnya sebelum mereka saling berpelukan. “Pada mama, yang lebih berharga kad tu kerana Bella terangkan mengenai perasaan hatinya yang sebenar-benarnya. Dan itu yang mama simpan. Insha Allah mama akan simpan kad tu sampai akhir hayat mama. Ia sangat bermakna,” ujarnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada peminat yang rata-rata tumpang gembira dengan kebahagian selebriti terbabit. Mereka juga mendoakan Bella dan insan-insan yang berada di sekelilingnya diberi pelindungan dan berada di bawah rahmatNya. Sekadar info, Bella Astillah dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.

Difahamkan, mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini, namun tarikh belum dimaklumkan. Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura namun sah bercerai pada 13 Jun 2024. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Mohamad Ayde Adrean, dan Ara Adreanna, 6.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version