Dah sah berpisah, Norreen Iman dan bekas suami berbalas komen di ig buat ramai yang sebak

Advertisements
Advertisements

Selepas sah bercerai, pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai perkembangan terkininya di media sosial. Menerusi Instagram (IG), Norreen dilihat berkongsi beberapa gambar memaparkan dirinya sambil menulis kapsyen ringkas. “My life recently, mari berbuat baik antara satu sama lain,” tulisnya.

Lebih mencuri tumpuan, bekas suami kepada Norreen iaitu Mohd Razzi Abd Razak turut meninggalkan komen yang cukup bermaknsa terhadap perkongsian tersebut. “Terima kasih atas semua kenangan bersama,” komen Razzi. Tidak berdiam diri, Norreen turut membalas komen tersebut sambil menitipkan kata penghargaan terhadap bekas suaminya itu.

Screenshot

“Sama-sama Zi (Razzi), terima kasih jadi pasangan yang baik serta bapa penyayang buat Ellen dan Eshan,” balas Norreen. Terdahulu, Norreen dan Razi sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada Khamis. Norreen terdahulu hadir prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang sama pada 29 April lalu namun tidak memberikan sebarang komen.

Screenshot

Rumah tangga Norreen dan Razzi didakwa bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama di laman. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki sepasang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version