Bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin, kata kata suami Norreen Iman jadi perhatian warganet

Advertisements
Advertisements

Hantaran suami kepada pelakon dan personaliti, Norreen Iman iaitu Raizi Razak meraih perhatian netizen sehingga membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat buatnya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Raizi dilihat merakam momen dirinya bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin. Pada hantaran yang sama, Raizi turut menggunakan suara latar belakang yang memberi gambaran seolah-olah dirinya sedang berusaha memperbaiki dan menambah baik kehidupannya.

“Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskin. Lelaki tak takut mati cuma takut menjadi seorang yang tidak berguna. Berat jadi lelaki. Kita menghadapi kehidupan untuk menghidupi kehidupan.” Dalam pada itu, Raizi turut menyifatkan dirinya sebagai seorang yang takut akan ketinggian namun perlu melawan ketakutan tersebut demi kelangsungan hidup. “Dari seorang yang gayat, terus hilang gayat aku sekarang.”

Imbas kembali, Norreen Iman memilih untuk mengunci mulut tentang status rumah tangganya bersama suami, Raizi Razak yang dilihat hadir pada Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai. Pada tahun 2025, Noreen menyorot perhatian apabila dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya di media sosial.

Bagaimanapun, Noreen menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak. Untuk rekod, Noreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version