SELEPAS Syida Melvin membuka mulut mendedahkan beberapa isu berkait hal rumah tangganya, kali ini pelakon Syatilla pula tampil bersuara mempertahankan adiknya itu. Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, secara berseloroh memberitahu dia perlu turun padang ‘bergotong-royong’ membela adiknya itu. Kata Syatilla lagi, Syida berdepan situasi sangat sukar kerana perlu berurusan dengan manusia yang mempunyai masalah narsisistik.
“Saya memang tak nak campur hal rumah tangga adik-beradik, tapi bila melibatkan NPD (gangguan personaliti narsisistik), saya kena turun padang gotong-royong. NPD bukan kes biasa-biasa,” katanya dalam satu hantaran di Threads. Syatilla dalam masa sama mendedahkan masalah rumah tangga Syida bukanlah satu perkara baharu, namun sebelum ini dia memilih jalan berdiam.
Sementara itu dalam satu hantaran di InstaStory, pelakon ini turut menegaskan hubungan mereka adik-beradik kekal utuh dan akan sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Dalam masa sama, Syatilla memberitahu Syida kuat berdepan ujian selepas menerima sokongan keluarga. “Benda ini dah lama kami simpan. Yang pernah hadap sahaja faham.
Kalau melibatkan benda lain aku memang tak kuasa campur hal rumah tangga orang. Tapi NPD ini kes istimewa. Darah daging aku. Dia silap sebab ikatan kami terlalu luar biasa.
“Mangsa NPD kali ini ada support sistem yang amat dahsyat kuat. Kalau orang lain mungkin dah gila, tapi adik akau tidak akan gila sebab dia tahu tak bernilai,” tegasnya. Sebelum ini, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, berkongsi tentang isu tunggakan hutang melibatkan syarikat di atas namanya bersama suami.
Menerusi laporan mStar pada 13 April lalu, Syida dilaporkan memfailkan cerai terhadap suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada Disember tahun lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda serta Serhan Isa.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
