ANAK kepada penyanyi Ameng iaitu Azeva tampil memberi respons mengenai teguran bapanya itu berhubung penampilannya yang tidak berhijab. Azeva atau Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, berkata dia menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan mengakui kesilapannya, selain sedang berusaha untuk berubah secara perlahan-lahan. “Saya nak cakap dekat papa (panggilan untuk Ameng), maaf kerana mengecewakan papa. Saya sangat bersyukur papa tegur fasal aurat. Saya tahu ia salah.
Saya pun sebenarnya tengah mencuba. Kalau anda kenal saya dulu, saya tidak menutup (berpakaian) seperti ini,” katanya. Azeva berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dalam pada itu, Azeva menegaskan dia kini sedang melalui proses memperbaiki diri termasuk dalam aspek berpakaian dan hubungan dengan Allah.
“Saya cuba untuk berubah secara perlahan-lahan. Saya cuma harapkan anda semua doakan.Insya-Allah satu hari n anti. Saya pun dah mula beli tudung, kadang-kadang pakai juga sebab suka pakai jubah dengan tudung,” ujarnya. Sementara itu, Azeva turut berkongsi dia mula merasai perubahan dalam diri selepas melalui detik mencemaskan apabila ibunya iaitu penerbit Datuk A. Aida, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) tahun lalu.
“Saya rasa lebih dekat dengan Allah. Allah sentiasa ada dengan saya, lihatlah Dia bagi mama semula (sihat). Allah banyak beri rezeki pada saya. Saya harap orang dapat doakan yang terbaik buat saya dan mama. Mama pun dah pakai tudung. Jadi saya gembira sangat,” luahnya. Sebelum ini, ketika Ameng membuat siaran langsung di TikTok, ramai yang menasihatinya supaya menegur Azeva untuk berhijab.
Menurut Ameng, dia sudah beberapa kali menasihati anak perempuannya itu tentang pemakaian menutup aurat. Untuk rekod, Azeva merupakan anak kedua hasil perkahwinan A. Aida bersama Ameng yang mendirikan rumah tangga pada tahun 1995. Mereka kemudian berpisah selepas tujuh tahun bergelar pasangan suami isteri.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
