Kena kritik tentang isu pakaian ketika di TTMM, Abang Syed Saddiq tampil pertahankan Bella Astillah

Advertisements
Advertisements

Seorang pengguna media sosial menegur busana yang digayakan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika menghadiri program Talk To My Manager 2 (TTMM2), baru-baru ini. Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut berpendapat gaun labuh berwarna kuning cerah yang dipakai Bella kurang sesuai digayakan olehnya.

Menurut individu itu, dia sebelum ini pernah beberapa kali menegur soal pemakaian Bella, namun mendakwa dirinya pernah ditegur semula oleh pihak tunang Bella iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. “Sudah banyak kali post pasal pemakaian dia. Tapi kali ini tak nak cakap apa-apa. Takut PA Syed Saddiq sound aku lagi.

Harap dia berubah lah. Dulu orang tegur ada juga mohon maaf walaupun lepas itu buat lagi. Sekarang sejak bertunang, dia dah tak peduli. Hantaran itu kemudian mendapat perhatian abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang tampil mempertahankan Bella dan meminta orang ramai agar tidak terlalu mencampuri urusan peribadi orang lain.

“Meh aku sound, leave her alone.” Terdahulu, Bella hadir sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelapan TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version