Doa sentiasa mengiringi, ramai yang sebak dengan ucapan istimewa dari Abby Abadi buat Marissa Dania sempena ulangtahun kelahiran

Advertisements
Advertisements

Pelakon Abby Abadi berkongsi ucapan istimewa untuk anak keduanya, Marissa Dania Hakim sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21 tahun. Menerusi perkongsian di Threads, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 49, mendoakan agar puteri kesayangannya itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan menjadi insan yang berjaya dalam hidup.

“Alhamdulillah, sihat sempurna. Cantik, lawa dan manis selalu anak mama. Maaf tak dapat sambut sama-sama hari ini, semoga majlis berjalan lancar dan penuh rahmat. Terbanglah setinggi manapun, gapailah segala impianmu. Doa mama sentiasa mengiringi. Photoshoot dengan saya, anak mama..mama yang jaga dari dalam perut, lahir dalam kereta pun mama yang sambut.”

Dalam masa yang sama, Abby juga menitipkan pesanan buat Marissa supaya berhati-hati dalam setiap langkahnya selepas ini. “Anak yang baik, anak yang cantik tapi sebab nombor dua sukar dijangka. Anak yang baik, belajar pandai tapi mama gagal kawal. Maafkan mama ya adik. Jangan bagi orang ambil kesempatan, zaman konten sekarang ini semua baik dan ada makna.

Sayang adik dunia akhirat. Jaga diri, api dalam sekam di mana-mana, jangan berulang lagi. Mama abah sayang adik, cuma tak tunjuk sebab abah memang jenis begitu. Lagi pula zaman konten sekarang ini, kalahlah kami. Tapi Allah maha tahu.” Sementara itu, Abby turut tampil menjelaskan tentang perniagaan yang dibina hasil titik peluhnya sendiri, selain Marissa juga merupakan antara tulang belakangnya sejak dari dahulu lagi.

“Pada yang kata saya berniaga tiru orang dan Marissa tak tolong, sebenarnya dari dulu anak-anak sayalah model saya. Cuma zaman TikTok saya ketinggalan. Dari 2014/2015 saya berniaga, semua rezeki ada walau tak kaya. Cukup makan pakai segala, sebab tu sampai lupa nak meminta. Model mama sekian lama, bila dah besar pandai berdikari, kurang masa dah untuk mama. Jadi tak adalah photoshoot dah, kena berjanji awal baru boleh.

Apa je yang saya tak jual dulu, cuma saya tak fokus nama brand dan produk pun bertukar. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version