PELAKON Nur Fazura memohon orang ramai agar menghentikan provokasi dan tidak campur tangan dalam urusan membesarkan anak bersama bekas suaminya, aktor Fattah Amin. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata campur tangan pihak tertentu boleh memberi kesan selepas kedua-duanya mencapai kata sepakat dalam membesarkan anak mereka, Nur Fatima Aisha. “Jangan ganggu proses ini, di mana kami ingin menjadi co-parents sebaik-baiknya untuk Fatima.
Harap di luar sana, tidak kira sesiapa pun, jangan mencampuri atau mengganggu niat baik kami untuk menjadi co-parents demi keharmonian anak,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok. Fazura juga dilihat tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi perkara tersebut dan berharap tiada lagi sebarang provokasi melibatkan kedua-dua pihak. Malah, dia sekali lagi mengingatkan peminat bahawa jodohnya dengan Fattah sudah berakhir selepas mereka sah bercerai pada Oktober 2024.
“Ingatlah, jodoh, ajal dan maut Allah sudah tentukan. Harap peminat-peminat saya dan Fattah menerima hakikat bahawa sudah tiada jodoh antara kami. Daddy Fatima pun dah ada keluarga sendiri dan saya pun ada kehidupan saya,” ujarnya. Tambahnya, dia dan Fattah juga sudah berbincang serta meminta peminat tidak menyebarkan sebarang kata-kata buruk dalam urusan melibatkan anak mereka.
Pelakon itu pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan, sebaliknya terus memberikan sokongan secara matang dan menghormati kedua-dua belah pihak. “Seperti mana yang saya katakan kepada Fattah, selagi tidak ada lagi provokasi atau kata-kata yang tidak baik daripada peminat-peminat, bererti tiadalah lagi perbalahan. Dari hari ini, kita mula berharmoni. Sudah cukuplah dengan provokasi, fitnah dan cacian kerana kita semua semakin dewasa,” luahnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
