Dah jadi sebahagian dari rutin harian, Scha Alyahya lebih suka mebeli belah dalam talian

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan usahawan, Scha Alyahya mengakui membeli-belah secara dalam talian sudah menjadi sebahagian daripada rutin hariannya, malah barangan dapur sekecil belacan juga pernah dibeli menerusi platform e-dagang. Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata, membeli-belah secara dalam talian bukan sahaja memudahkan urusannya, malah menjimatkan masa berbanding perlu keluar ke pusat beli-belah.

“Kalau tanya saya, sangat kerap. Kalau sebulan mesti ada satu benda yang saya kena beli. Tapi bukan benda-benda mengarut. Kalau saya tahu ada acara pada bulan depan, saya dah sediakan baju sendiri. Kalau dekat rumah ada benda yang saya perlukan dan harga lebih murah, saya akan beli sendiri secara online.

Saya takkan suruh pembantu saya beli. Tisu atau apa sahaja, daripada sekecil-kecil belacan pun saya akan cari dekat TikTok, saya akan beli dan mereka akan hantar. Sangat senang, jimat masa.” Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya bersama suami, Awal Ashaari sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung, JAM Bahasa yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Awan Dania turut berkongsi beberapa tip kepada orang ramai sebelum membuat pembelian secara dalam talian, terutama membabitkan produk bersaiz besar. “Paling penting kena betul-betul tahu apa yang kita nak dan baca ukuran. Saya selalu ingatkan Awal. Kadang-kadang dia beli meja atau kerusi, bila sampai lain sangat daripada jangkaan. Saya tanya dia, ‘Awak baca tak ukuran tu? Awak ukur tak?’ Dia jawab tak, sebab tengok gambar saja. Jangan macam itu. Gambar kadang-kadang tak sama dengan saiz sebenar.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version