Lepas nasi ayam, kali ni teman lelaki Noor Nabila pula jual Mee Kari dengan harga RM15.90 semangkuk

Advertisements
Advertisements

Teman lelaki kepada usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila, iaitu Ameer Aiman tampil menjual hidangan Mee Kari hasil air tangannya. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ameer memaklumkan hidangan tersebut disediakan dengan penuh teliti dan kasih sayang demi memastikan kepuasan setiap pelanggan. Difahamkan, setiap mangkuk Mee Kari dijual pada harga RM15.90 yang didatangkan dengan pelbagai bahan pelengkap menyelerakan.

“Ada resipi yang sekadar mengenyangkan, ada juga yang menghidupkan kembali kenangan. Semangkuk kuah kari yang pekat dan penuh aroma, dimasak perlahan dengan penuh teliti. Dihidangkan bersama ayam yang disiat halus dan tauhu yang menyerap setiap titis kelazatan, disempurnakan dengan kasih sayang dalam setiap penyediaan.

Tiada jalan pintas. Tiada kompromi. Hanya semangkuk Mee Kari Bang Meer yang kami hasilkan dengan penuh keikhlasan, seperti yang kami percaya ia sepatutnya dinikmati.” Dalam pada itu, Ameer turut berkongsi maklum balas pelanggan yang rata-ratanya memberikan reaksi positif serta berpuas hati dengan rasa Mee Kari yang disajikan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version