Nak dapat gelaran bukan semudah ABC, Sheila Rusly akui segan apabila digelar Chef Selebriti

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan penerbit Sheila Rusly mengakui berasa segan apabila ada yang menggelarkannya sebagai ‘cef selebriti’ kerana sering berkongsi pelbagai resipi dan kandungan masakan di media sosial. Kata Sheila, 54, dia tidak pernah menganggap dirinya layak untuk menyandang gelaran tersebut kerana menghormati profesion cef yang memerlukan ilmu, kemahiran dan kelayakan khusus.

“Bila orang menggelarkan saya sebagai cef selebriti, sejujurnya saya rasa segan malu pun ada. Sebab rasanya tak layak, saya dengan pantas terus memberi respons ‘maaf saya bukan cef’,” katanya.  Sheila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Sheila menjelaskan gelaran cef bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh dan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya. “Saya bukan mengata sesiapa, cuma nak dapat gelaran cef itu bukan semudah ABC. Siapa yang dapat gelaran cef sememangnya mereka hebat dan saya sangat hormat,” ujarnya. 

Untuk info, Sheila kerap berkongsi resipi masakan harian dan menerbitkan video memasak yang mendapat sambutan ramai daripada pengikut di media sosial.  Minat mendalam terhadap dunia kulinari menjadikan Sheila antara figura yang sinonim dengan resipi-resipi mudah dan masakan berkonsepkan hidangan keluarga.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version