Seorang individu berkongsi keperibadian yang dimiliki oleh penyanyi terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mengimbas kembali kejadian ketika menjadi salah seorang kru produksi bagi sebuah program. “Dulu masa kerja buat satu program ini, lepas habis siaran langsung tiba-tiba kena layan seorang artis ni nak mengamuk marah produksi.
Sumpah hilang mood dan kami terus lari duduk backstage membawa hati yang stres.” Menurut individu itu, arwah Siti Sarah yang turut terlibat dalam program yang sama telah menyaksikan kejadian tersebut. Arwah Siti Sarah kemudian mendatangi mereka kerana rasa prihatin dan mengambil berat berikutan pihak produksi terpaksa berdepan dengan perkara yang tidak diingini.
“Sarah, yang menyaksikan semuanya dan ambil sedikit masa untuk datang ke backstage untuk periksa kami ok ke tidak dan tenangkan kami. Dia tak perlu pun buat begitu, tapi dia buat. Sampai sekarang saya masih ingat kebaikan dia. Moga tenang di alam abadi, amin.” Dalam masa sama, terdapat juga seorang individu yang sebak mengenangkan pemergian Siti Sarah meskipun sudah lima tahun berlalu.
“Sudah bertahun arwah Sarah pergi, sampai hari ini aku masih sedih. Tadi tertengok video lama dia, kali terakhir dia peluk anak-anak. Berjurai air mata aku.” Pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki iaitu Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
