Ramai yang tertanya tanya pasal saman, rupanya sebab ni Cik Epal tarik balik saman RM1 juta terhadap Dewi

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal menjelaskan keputusan menarik semula saman terhadap Emira Delyati Dewi dibuat selepas wanita berkenaan memohon maaf kepadanya. Menurut Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud, permohonan maaf tersebut sememangnya menjadi perkara yang diharapkan sejak awal, sekali gus menyebabkan beliau memilih untuk tidak meneruskan tindakan berkenaan.

“Sebab si hamak dah mintak maaf. Dari dulu saya nak dia minta maaf je,” katanya. Cik Epal berkata, perkara utama yang diingininya sejak awal bukanlah untuk memanjangkan konflik, sebaliknya mendapatkan permohonan maaf daripada pihak terbabit. Pada Ogos lalu, nama Cik Epal kembali menjadi perhatian selepas tindakan saman berjumlah RM1 juta yang difailkannya terhadap Emira Delyati Dewi ditarik balik.

Penarikan saman berkenaan dibuat susulan persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak, sekali gus menamatkan tindakan undang-undang yang sebelum ini menjadi perhatian ramai. Dalam perkembangan berkaitan, bekas suami Cik Epal, Jofliam menerusi satu hantaran di Instagram sebelum ini memaklumkan bahawa hak hadanah bagi dua anak mereka diberikan kepadanya selaku bapa kandung.

Jofliam turut menjelaskan bahawa pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan yang dikemukakan sebelum ini, selain kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan. Sebagai rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan tersebut. Bagaimanapun, selepas 10 tahun membina kehidupan bersama, pasangan berkenaan akhirnya berpisah dan perkembangan berkaitan keluarga mereka terus menjadi perhatian umum.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version