Pelakon, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tular sebuah video memaparkan dirinya menyanyikan lagu berbahasa Mandarin. Menerusi video yang tular di Threads, Bella yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu dilihat cukup fasih menyampaikan lagu berkenaan semasa menghiburkan tetamu yang hadir. Klik sini untuk lihat video.
Malah, suasana majlis turut bertambah meriah apabila tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk menari dan berjoget secara santai sambil menikmati persembahan Bella. Menariknya lagi, menurut beberapa komen yang diberikan, Bella juga turut memakai pakaian pengantin tradisional cina bagi menghormati majlis berkenaan.
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Bella menyanyikan lagu Mandarin dan suaranya sedap didengar selain sebutannya juga jelas. Sementara itu, di ruangan komen juga, seorang netizen turut mendedahkan bahawa Bella pernah menuntut di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sandakan, Sabah.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
