Kehadiran tiga petugas kesihatan berlainan bangsa yang setia berada di sisi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pengebumian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam mencuri perhatian ramai. Menerusi laporan daripada Harian Metro, salah seorang individu berkenaan ialah Felo Klinikal Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman Institut Jantung Negara (IJN), Dr Iskandar Mirza Amran, 40, yang ditugaskan memantau kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
Sebelum itu, Dr Iskandar yang sedang menjalani syif 24 jam turut terlibat memberikan bantuan kecemasan kepada Dr Siti Hasmah. “Pada Ahad lalu, saya bertugas bagi syif 24 jam. Pada pagi semalam, kami dimaklumkan ada kod biru iaitu kecemasan membabitkan Dr Siti Hasmah. Saya antara individu yang dipanggil untuk melakukan bantuan pernafasan kecemasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terhadap Dr Siti Hasmah sebelum beliau disahkan pergi menghadap illahi,” katanya.
Difahamkan, beliau ditugaskan menemani Dr Mahathir sepanjang urusan pengebumian dan menyaksikan sendiri kesedihan negarawan tersebut. “Saya lihat Dr Mahathir memang sedih. Beliau tidak banyak bercakap dan hanya menangis sepanjang masa. Saya ada bertanya keadaannya untuk periksa sama ada beliau ada mengalami sesak nafas atau sakit dada dan dimaklumkan Dr Mahathir tidak alami simptom berkenaan,” katanya.
Menurut Dr Iskandar, dua lagi individu yang berada di sisi Dr Mahathir ialah jururawat wanita berbangsa India dan juruterapi berbangsa Cina. Beliau juga tidak menyangka kehadiran mereka mendapat perhatian ramai sehingga menerima pelbagai ucapan penghargaan. “Apabila menerima ucapan terima kasih serta penghargaan daripada orang ramai, saya rasa penat lelah bertugas kira-kira 40 jam semalam amat berbaloi,” katanya. Semalam, Malaysia menerima khbar duka apabila Tun Dr Siti Hasmah pergi menghadap illahi di IJN pada usia 100 tahun sebelum disemadikan menerusi Istiadat Pengebumian Negara di Pusara Negara, Putrajaya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
