Anak sulung kepada pelakon Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim mengakui banyak mendapatkan panduan daripada bapanya sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Danish, 23, berkata, bapanya tidak pernah lokek berkongsi nasihat dan tunjuk ajar sehingga boleh dikatakan hampir setiap hari dia menerima pesanan berguna daripada Norman.
“Saya banyak minta nasihat sudah tentu daripada bapa saya sendiri. Memang banyak nasihat yang diberikan, boleh katakan hampir setiap hari dia akan bagi. Kehidupan saya memang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar daripada bapa saya.” Danish berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan stor baharu jenama aksesori lelaki CERUTTI 1881 yang berlangsung di Putrajaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Danish memaklumkan persiapan menjelang hari bahagianya kini sudah melebihi 80 peratus dan dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga sepanjang proses tersebut. “Persiapan majlis perkahwinan saya boleh katakan dah 80 peratus atau lebih daripada itu. Alhamdulillah dengan sokongan orang sekeliling terutama ahli keluarga.
Tak bolehlah kalau 100 peratus persiapan diserahkan pada ahli keluarga saya. Saya seorang lelaki dan saya yang nak kahwin. Jadi, saya kena ambil bahagian juga dalam membuat persiapan. Cuma nak kata sokongan daripada ahli keluarga itu, alhamdulillah memang besar. Difahamkan Danish bakal bernikah dengan pasangannya, Shalinda di Singapura pada Disember depan sebelum mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur. Terdahulu, Norman menerusi Instagram berkongsi persiapan majlis perkahwinan Danish yang bakal berlangsung secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan terdekat.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
