Kaum hawa perlu ambil perhatian tentang sakit Endometriosis. Ini yang dijelaskan oleh pegawai perubatan tentang sakit ini.

Kebanyakan korang mesti dah tahu tentang bahaya sakit cyst yang jadi mimpi ngeri buat kaum hawa ni kan? Tapi, korang pernah dengar tentang sakit endometriosis? Satu perkongsian mengenai penyakit ini telah dijelaskan oleh seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak di laman Twitter peribadinya. Menurut beliau, penyakit endometriosis ini dikatakan sebagai satu ‘sakit hantu’. Kenapa ia dikatakan sebagai sakit hantu? Ini penjelasannya:

Apa itu penyakit endometriosis?

Menurut Dr Izzat, endometriosis merupakan satu keadaan di mana terdapat tisu yang menyerupai lapisan rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di sekitar rahim, ovari dan tiub fallopian. Satu dalam kalangan 10 orang wanita berpotensi mengalaminya kerana penyakit ini dikatakan sangat biasa ditemui. Di samping itu, penyakit ini juga merupakan satu penyakit keturunan. Jadi, kalau ibu atau adik beradik perempuan korang ada penyakit endometrosis ni, kebiasaannya korang pun berpotensi juga untuk ada penyakit ini.

Apa risiko penyakit ini?

Penyakit endometriosis ini dikatakan akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita selain boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.

Apa simptom-simptom endometriosis?

Menurut Dr Izzat lagi, simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada bahagian pelvis, atau haid tidak teratur. Bagi yang dah berkahwin pula, mereka berpotensi untuk mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya juga berisiko mengalami masalah kesuburan. Di samping itu, ada juga yang mengalami sakit di bahagian usus, pundi kencing, bahagian belakang peha atau sebahagian kaki. Pun begitu, ada juga pesakit yang tidak mengalami apa-apa simptom langsung.

Dikatakan sakit disebabkan endometriosis ini lazimnya berlaku dalam corak atau pola yang sama iaitu sakit teruk sebelum atau semasa datang bulan. Ada segelintir wanita yang mengalami sakit setiap masa tetapi ada juga yang sakitnya datang dan pergi.

Apa pula puncanya?

Dikatakan sebab sebenar penyakit ini masih lagi tidak diketahui. Disebabkan itulah ia dipanggil sebagai ‘penyakit hantu’ kerana masih belum ada yang faham punca sebenar penyakit endometriosis ini berlaku. Walau bagaimanapun, tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid. Jadi, jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama juga akan berlaku pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim itu.

Pendarahan yang berlaku itulah akan menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis.

5 Kawasan yang boleh terjadinya endometriosis

  • Ovari
  • Dalam peritoneum (lapisan yang menyelaputi pelvis dan abdomen)
  • Tiub fallopian
  • Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim
  • Kawasan antara vagina dan rektum

Disebabkan penyakit ini mempunyai simptom yang berbeza terhadap seseorang individu dan boleh menyerupai sakit yang disebabkan oleh penyakit-penyakit lain, agak sukar untuk ia ditentukan oleh pegawai perubatan dan memerlukan pesakit untuk menjawab beberapa soalan dan jalani ujian saringan.

Apapun, dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar kalau korang ada alami simptom seperti yang dijelaskan. Kalau korang nak tahu lebih details tentang penyakit ni, korang boleh baca thread dekat Twitter Dr Izzat ni okay.Sumber: lobakmerah

Bipolar Bahaya Jika Diabaikan. Ini 5 Persoalan Bantu Anda Fahami Masalah Mental Ini.

Masalah bipolar tidak boleh dipandang ringan. Kisah perceraian selebriti terkenal Kim Kardashian dan penyanyi rap Kanye West mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Tidak hanya itu, pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka turut menjadi bualan peminat termasuk Kanye menuduh bekas isterinya menculik serta menghalangnya berjumpa dengan anak-anak mereka. Tidak hanya itu, Kanye hebat mengkritik hubungan Kim dan pelawak Pete Davidson, menghinanya di media sosial serta menghasut pengikutnya untuk membenci lelaki itu. Kanye turut percaya tindakannya itu adalah sebagai perjuangan untuk menyelamatkan keluarganya dan berharap dia dan bekas isteri akan kembali bersatu.

Umum mengetahui penyanyi rap bermasalah itu bersikap telus tentang gangguan bipolar yang dihidapinya dan memberitahu telah berhenti mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengawal masalah tersebut. Masalah bipolar bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan dan pensyarah Psikologi di Universiti Taylor yang juga merupakan pakar dalam s3ks dan hubungan, Pang Chia Yee merungkai beberapa persoalan mengenai perkara itu.

Kanye West antara selebriti yang terbuka tentang masalah bipolar dihidapinya.

1. Bagaimana seseorang boleh mengesan pasangan mereka menghidap bipolar dan apakah antara gejala yang perlu diberi perhatian?

Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa gangguan bipolar adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari ringan hingga teruk. Terdapat juga beberapa jenis gangguan bipolar mengikut DSM-V (Manual Statistik Diagnostik). Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem, daripada kegembiraan melampau (juga dikenali sebagai mania) kepada melampau (kemurungan) – atau sebaliknya, dengan kehadiran “norma” di antara kedua-dua ekstrem tersebut.Beberapa yang mungkin perlu diperhatikan ialah; Penyalahgunaan alkohol atau dadah, perbelanjaan tidak terkawal dan perubahan yang kerap. Bagaimanapun, dalam konteks perhubungan, adalah lebih sukar bagi seseorang untuk mengenal pasti bahawa pasangan mereka mengalami gangguan bipolar berbanding pihak ketiga.

2. Mengambil contoh kes Kanye West adakah itu antara g3jala bipolar atau sebaliknya?

Berdasarkan tinjauan media sosial dan kenyataan-kenyataan dikeluarkan, ia menunjukkan tanda menghidap bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan semata-mata berdasarkan satu medium kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui.

3. Apa yang menyebabkan seseorang boleh mengalami bipolar? Apakah pencetusnya?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan bipolar, seperti tekanan sekeliling, genetik, ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak manusia. Ini termasuklah tekanan emosi, kurang tidur, keretakan dalam hubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca, kehamilan, hilang pekerjaan atau lain-lain kehilangan, tekanan kewangan dan sebagainya.

4. Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu dengan masalah bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya?

Paling penting adalah mengenal pasti apakah pencetusnya dan mereka boleh bersikap jujur dan terbuka mengenai kisah hidup mereka. Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri apabila pesakit berada dalam situasi tersebut dan sebaik-baiknya mendapat bantuan profesional. Walaupun digalakkan untuk memujuk pasangan mereka mendapatkan bantuan profesional, stigma sosial boleh menjadi cabaran kerana individu tersebut tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap penyakit mental dan berasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara lain untuk membantu mereka adalah pastikan pesakit tahu anda sentiasa menyokong selain memastikan ahli terapi serasi dengan pesakit.

5. Jika pasangan yang mengalami masalah bipolar mula menunjukkan tindakan ganas, apa perlu dilakukan?

Sentiasa ingat bahawa keselamatan diri adalah perkara paling utama. Jika pasangan mula menunjukkan tindakan luar kawal seperti fizikal dan verbal, maklumkan kepada pihak polis, keluarga atau pun jiran. Atas sebab itu, jangan tunggu sehingga pesakit menjadi teruk baharu hendak berjumpa dengan pakar di hospital. Sumber: mstar

Exit mobile version