Mula-mula, saya rasa tidak ada yang boleh dibincangkan tentang mana-mana projektor yang berada di pasaran. Tapi, setelah selidik projektor The Freestyle dari Samsung ni, saya terkesima dengan reka bentuknya yang ringkas dan padat. Ia seolah-olah dilihat seperti lampu kecil di bilik tidur dan sangat mudah untuk diletakkan di mana-mana. Namun ini kami cuma ingin menjelaskan daripada pandangan pertama dan bukannya alasan penuh dan kami juga belum lagi berkesempatan untuk menggunakan sepenuhnya. Pada mulanya memegang Freestyle ni, kami mula merasakan ianya salah satu projektor dengan reka bentuk, ciri dan aksesori yang agak lain daripada projektor lain di pasaran. Ianya turut memiliki ciri-ciri pintar seperti auto-frame alignment (penjajaran bingkai automatik), fokus auto imej dan sambungan mudah. Tapi ianya belum menunjukkan yang ianya begitu unik sekali. Kami belum lagi pernah melihat projektor yang dilancarkan seperti ciri-ciri yang ada di Freestyle ni. Malah ianya bukanlah nampak lain daripada lain, malah ianya juga mempunyai reka bentuk yang membantu kita menggunakannya dengan lebih berhemah.
Jika digantung pada dinding ianya terlihat seolah-olah seperti kamera keselamatan ataupun lampu hiasan. Projektor canggih ni daripada Samsung ni mempunyai reka bentuk silinder, gaya yang agak tipikal untuk kebanyakan projektor dalam kategori ini. Dengan pilihan satu warna iaitu putih, ia berdiameter 3.66″ dan ketinggian 6.13″. Ia dilengkapi dengan pendiri yang boleh dipusingkan 180 darjah bagi memudahkan anda memancarkan cahaya ke dinding. Terdiri dua port pada Freestyle iaitu USB-C untuk kuasa dan HDMI Mikro khas untuk sambungkan pemain media ataupun untuk main konsol permainan anda. Ianya juga mempunyai suis senyap mikrofon khas untuk mem.tikan arahan suara jika anda mahu. Kabel kuasa yang terlihat hampir sama dengan telefon pintar anda, cuma kepalanya disesuaikan untuk sisi projektor yang dapat membantu memastikan kabel sejajar secara mendatar dengan sisi projektor. Terdapat lubang halus yang berada di sekeliling bahagian atas dan bawah unit, khas untuk pengudaraan dan bunyi. Di bahagian hadapan projektor. anda boleh terlihat lensanya dan juga mempunyai butang sentuh untuk kuasa, kelantangan dan casting. Di bahagian belakangnya pula, ia mempunyai satu lagi set lubang halus dalam orientasi bulat dan anda boleh melihat woofer di bawahnya. Alat kawalan jauh yang disertakan agak kecil dan padat juga. Anda akan menemui kawalan biasa padanya, termasuk kuasa, pelarasan suara, dan sebagainya. Beberapa butang tambahan pada alat kawalan jauh iaitu akses mudah ke Netflix dan Prime Video. Selain itu, alat kawalan jauh dicas semula melalui USB-C supaya anda tidak perlu bimbang tentang menukar bateri di dalamnya.
Satu lagi ciri menarik ialah penutup kanta keruh itu sendiri. Projektor mempunyai mod ambien dengan warna dan juga pemandangan yang berbeza. Apabila penutup lensa diletakkan pada projektor, ia menambahkan sedikit suasana menarik pada bilik. Selain itu, terdapat beberapa jenis ambien yang menyeronokkan yang boleh anda mainkan untuk parti atau semasa anda mendengar muzik dengannya . Itu sahaja yang kami boleh kongsikan pandangan kali pertama dengan The Freestyle dari Samsung. Sumber: Murai.my
Akan Datang Semua Telefon Pintar Jual Tak Sertakan Pengecas. Rupanya Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu. Masanya telah tiba. Bermula dengan iPhone, kini kebanyakan syarikat-syarikat besar dalam pengeluaran telefon pintar terutamanya yang ‘high-end’ dikhabarkan tidak lagi sertakan pengecas yang biasanya disertakan dalam kotak setiap telefon yang dijual. Difahamkan langkah ini dilakukan adalah ‘masuk akal’ selain ianya selaras dengan perkembangan sudut ekonomi dan dalam masa yang sama lebih ‘mesra alam’ dari sudut ekologi. Trend penjualan telefon pintar tanpa pengecas ini seperti yang umum ketahui dimulakan oleh Apple bermula dengan penjualan iPhone tanpa pengecas pada tahun 2020 dan difahamkan turut diikuti oleh beberapa lagi jenama seperti Samsung, Xiaomi dan Google pada 2021. Difahamkan, polisi ini bakal menjadi ‘kebiasaan’ dan sekarang ini pun ada banyak pengeluar dah tak sertakan lagi pengecas pada setiap produk baru mereka, termasuklah yang tidak tergolong dalam kalangan atau status telefon ‘high-end’.
Sebagai contoh, untuk model-model yang bakal dilancarkan oleh Samsung pada tahun ini seperti Galaxy A13, A23, M23 dan M33 dikhabarkan tidak lagi disertakan dengan pengecasan dan antara rantau yang terlibat adalah Eropah. Bahasa mudahnya, selepas ini kalau korang beli smartphone, charger akan dijual secara berasingan. Kalau nak, kena beli. Tapi, dari sudut harga, berkemungkinan besar akan ada pengurangan lah. Konsep yang diterapkan disini adalah mereka ingin pengguna memanfaatkan sepenuhnya penggunaan pengecas lama yang biasanya masih berfungsi dengan baik untuk mengecas telefon baru tersebut. Melainkan, korang bertukar daripada Android ke iPhone lah. Itu memang tak dapat nak elakkan, terpaksa beli pengecas baru. Disini, ada dua pihak yang akan dapat keuntungan iaitu pengguna, dimana harga telefon pintar ini boleh dimiliki lebih murah manakala kepada pengeluar, mereka dapat kurangkan berat dan kos pembungkusan. Dari sudut ekologi pulak, difahamkan langkah ini setidaknya dapat mengurangkan pembaziran produk, kerana pengeluar sedar yang mereka telah mengeluarkan atau memberikan terlalu banyak pengecas secara percuma. Secara tak langsung, ada pengecas ini langsung tidak digunakan dan masih banyak tersimpan didalam laci kerana pengecas lama masih berfungsi dengan baik dan menyokong pengecasan pelbagai peranti. Min setuju dengan perkara ni, sebab sekarang charger dan bateri agak tahan berbanding dulu. Memanjang nak kena beli bateri spare. Hihi~
Selalu Alami Letih Selepas Bangun Tidur. Cahaya Skrin Telefon Salah Satu Punca. Ini Punca Anda Letih Sebaik Bangun Tidur. Tidur merupakan keperluan harian seseorang untuk menjadikan badan kembali segar. Namun, sesetengah orang mungkin mengalami rasa letih walaupun baru bangun tidur. Minum beralkohol antara salah satu sebab seseorang berasa letih ketika bangun tidur. Pun begitu, punca bangun tidur sentiasa berasa letih boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti, masalah kesihatan yang atau pengaruh tabiat harian. Menurut Medical News Today, rasa letih selepas bangun tidur tidak selalu menunjukkan penyakit yang serius. Namun, jika keletihan itu berlarutan dan menunjukkan tanda-tanda lain, pesakit disarankan berjumpa doktor untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, beberapa punca biasa yang mungkin menjadi faktor utama timbulnya rasa letih selepas bangun tidur ialah tabiat harian seseorang yang disalahgunakan, termasuklah;
Gangguan tidur. Gangguan tidur (sleep disorder) seperti insomnia, sleep apnea, sindrom kaki gelisah dan bruxism (gigi mengetap semasa tidur) boleh menyebabkan keletihan selepas bangun. Pesakit yang mengalami gangguan tidur biasanya akan kerap bangun sehingga kualiti tidurnya menurun dan tidak nyenyak. Selain daripada keletihan, gangguan tidur boleh menjejaskan perkara lain seperti sistem imuniti badan yang menurun, kesukaran menumpukan perhatian, sakit kepala, dan emosi yang tidak stabil atau sensitif.
Kesan alk.0hol dan kafein. Punca bangun tidur sentiasa berasa letih juga boleh disebabkan oleh pengaruh alk.0hol dan kafein yang diambil secara berlebihan.Walaupun alk.0hol boleh menyebabkan seseorang mabuk dan cepat tertidur, bahan tersebut sebenarnya boleh memberikan tindak balas sebaliknya iaitu memburukkan kualiti tidur. Begitu juga dengan kafein, selain menyebabkan badan berasa letih, impak lain akan menyebabkan anda cenderung untuk membuang air kecil. Inersia tidur. Dilaporkan oleh Healthline, keletihan yang disertai dengan pening, sakit kepala, boleh disebabkan oleh inersia tidur yang dianggap normal sebagai peringkat peralihan proses bangun tidur. Inersia tidur iaitu sifat semula jadi suatu keadaan yang cenderung menentang sebarang perubahan yang dilakukan seseorang biasanya beransur-ansur bertambah baik kira-kira 15 hingga 60 minit selepas bangun tidur. Faktor lain yang menyebabkan inersia tidur termasuklah bangun secara tiba-tiba semasa tidur nyenyak hingga menyebabkan seseorang itu tidak cukup tidur.
Tabiat tidur yang buruk. Menurut ahli National Sleep Foundation, untuk mendapatkan corak tidur yang berkualiti, seseorang itu memerlukan rawatan atau rutin khas yang diperlukan untuk membiasakannya. Contohnya, mengehadkan tidur siang kepada kurang daripada satu jam, mewujudkan keadaan bilik yang selesa dan bersih, mengelakkan daripada terdedah cahaya skrin telefon bimbit kira-kira dua jam sebelum tidur. Sebaliknya, jika anda melakukan perkara yang tidak baik sebelum tidur, seperti makan berlebihan, tidur siang lebih daripada dua jam, kesannya boleh menyebabkan kualiti tidur anda kurang baik dan badan akan mudah letih. Paparan blue light. Cahaya biru (blue light) atau pencahayaan buatan selalunya datang daripada televisyen, skrin telefon bimbit, komputer riba atau lampu. Pendedahan kepada cahaya biru mampu menyekat rembesan melatonin, iaitu hormon yang mengawal mood tidur anda. Akibatnya, badan menjadi sukar untuk tidur. Walaupun anda mungkin boleh tertidur kemudian, namun apabila bangun sahaja badan anda akan merasakan kesan keletihan, menjadikan anda kurang cergas.
Kemvrungan dan kebimbangan. Kemvrungan dan kebimbangan melampau (anxiety disorder) adalah sumber keletihan teruk yang kebiasaannya penghidapnya berumur 15 hingga 30 tahun. Peningkatan tahap kemurungan dan kebimbangan berkemungkinan besar akan menyukarkan anda untuk tidur. Manakala, kesan lain menyebabkan keletihan yang berlebihan walaupun selepas tidur, kepada perasaan sedih yang berlarutan. Badan kekurangan cahaya matahari. Pendedahan sinar matahari khususnya di waktu pagi, mempunyai manfaat penting terhadap fungsi otak dan tubuh. Sekiranya badan anda kekurangan cahaya matahari, keadaan ini boleh menjadi salah satu punca bangun tidur sentiasa berasa letih. Kerana jumlah hormon melatonin dalam badan secara automatik meningkat, yang diketahui hormon tersebut sepatutnya berfungsi untuk memberikan isyarat kepada badan ketika sudah waktunya untuk tidur. Sumber: mstar.
Anda Ada Masalah Susah Nak Lelap. Boleh Cuba Teknik Ni Untuk Lelapkan Mata Dalam Masa 2 Minit. Korang ada masalah nak tidur? Puas pusing kiri kanan dekat sejam lebih tapi tak tidur-tidur juga? Bila tidur tak cukup, mula lah bad mood esok harinya. Haa.. untuk korang yang ada masalah susah nak lelap tu, min nak share teknik untuk tidur dalam masa 2 minit. Korang boleh tengok video @justin_agustin kat bawah ni. Sebenarnya dalam tentera ada teknik macam ni, min pun baru tahu. Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut, min ada senaraikan beberapa langkah untuk korang ikut. Tenangkan badan dan shutdown setiap anggota badan dari kepala hingga ke kaki dan fokus kepada pernafasan. Pastikan bahu tidak tegang dan longgar tangan di sisi badan. Bayangkan ada rasa suam yang mengalir dari kepala hingga ke hujung jari. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan. Ketika melakukan langkah ini, kosongkan fikiran dari sebarang bentuk stress. Bayangkan korang sedang baring dalam sebuah perahu di atas tasik yang tenang atau baring dalam hammock dalam bilik yang gelap gelita. Kalau rasa distracted, ulang ayat ni “Jangan fikir”. Min rasa nak cuba lah malam nanti.